Makruh pasang ayat al-Quran dan zikir ketika orang tengah nazak?
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, itulah janji ALLAH SWT di dalam al-Quran kepada setiap makhluk ciptaannya di muka bumi ini.
Berbicara mengenai kem4tian, sebagai manusia dan umat Islam khususnya pasti kita mendambakan mati dalam keadaan baik atau disebut sebagai husnul khatimah.
Namun sedarkah pada hari ini terutama dalam kalangan masyarakat Melayu apabila ada sahaja kematian, adab dan suasana kepada orang yang tengah nazak kurang dipratikkan seperti yang digariskan oleh Islam.
Penceramah tersohor, Ustaz Wadi Anuar melalui satu ceramahnya berkongsi mengenai adab dan suasana yang diperlukan oleh orang yang tengah tenat atau nazak.
Jelas Ustaz Wadi, ketika seseorang tengah nazak jangan biarkan orang bukan Mahram berjumpa dengannya, kerana dia merasa tersiksa sewaktu nazak, malah perkara yang perlu dilakukan adalah lafaz di telinganya dengan kalimah Lailaha illallah dengan sebutan perlahan-lahan.
“Jangan pasang al-Quran dan zikir kuat-kuat pasang satu rumah kerana orang yang nazak ini dia hanya inginkan ketenangan. Kerana ajalnya sudah tiba. Orang yang sedang nazak akan melihat dua dimensi pintu iaitu pintu alam dunia dan pintu alam akhirat.
“Oleh itu sebagai anak atau isteri, jagalah adab dan suasana tersebut supaya sentiasa tenang, jangan biarkan orang yang tidak menutup aurat melintas di hadapannya kerana malaikat dan kumpulannya sedang menghampiri dan melihat keadaan tersebut” Katanya
Kebimbangan salaf tentang kem4tian
Memetik perkongsian Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi laman Facebook miliknya berkongsi pandangan Ibn Rajab al-Hanbali mengenai golongan salaf sangat bimbang akan perihal kem4tian mereka.
Hadis yang diungkapkan oleh Nabi SAW tentang kematian yang buruk (su’ al-khatimah) menyebabkan mereka sentiasa berdoa agar meninggal dalam keadaan yang baik. Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya amalan itu (dinilai) pada pengakhirannya”. (Hadis Riwayat Ahmad)
Ata’ al-Khaffaf sering ternampak Sufyan al-Thawri dalam keadaan menangis. Apabila ditanya, apakah yang membuatkan kamu menangis? Sufyan menjawab: “kerana aku bimbang bagaimana pengakhiran hidupku nanti”.
Tahukah kita siapa Sufyan al-Thawri? Menurut Imam al-Zahabi, Sufyan adalah “Penghulu Ulama di zamannya.” Imam Ahmad bin Hanbal pula menggambarkan peribadi Sufyan sebagai “Tokoh yang memenangi hatiku.” Sufyan al-Thawri adalah Imam Hadith yang tersohor. Menurut Yahya al-Qattan: Sufyan al-Thawri lebih tinggi kedudukannya dari Imam Malik.
Namun, walau tinggi ilmu dan kedudukan Sufyan al-Thawri, beliau masih lagi menangis setiap malam kerana bimbang akan bagaimana kem4tian yang akan dilalui.
Malik bin Dinar diriwayatkan bangun sepanjang malam. Beliau memegang janggutnya sambil berkata: Wahai tuhanku, sesungguhnya engkau telah mengetahui siapakah penghuni syurga dan neraka. Maka dimanakah Malik akan ditempatkan?
Siapa Malik bin Dinar? Beliau adalah tokoh al-Quran yang zuhud. Pernah belajar dengan sahabat Nabi yang tersohor iaitu Saidina Anas bin Malik. Malik bin Dinar juga adalah guru kepada Hasan al-Basri. Al-Zahabi menyifatkan beliau sebagai antara guru kepada ulama salaf yang terdahulu.
Walaupun diiktitiraf mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi salaf, Malik bin Dinar masih sangat risau akan bagaimana penghujung kehidupannya nanti.
Begitulah kebimbangan salaf tentang kem4tian mereka. Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti. Mereka yang meninggal dalam keadaan ikhlas melakukan amalan soleh akan dimasukkan ke dalam syurga.
Menurut Saidina Huzaifah Rasulullah SAW meletakkan tangannya di dadaku lalu berkata “Barangsiapa yang mengucapkan Lailaha illallah dengan mengharap keredaan Allah, maka dia meninggal dengannya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”.
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.